Pages

Free Gift

Sebarang pembelian euphoria mini pack dari blog comelceria akan menerima hadiah PERCUMA ini! Bergantung pada stok..Jika stok habis akan diganti dengan hadiah yg lain yer


Senangnya nak dpt hadiah percuma kan.... :) dan setiap pembelian mana2 trial pack di blog ini RM1 akan saya dermakan ke tabung anak2 yatim Malaysia....Membeli sambil beramal.

Showing posts with label ebm. Show all posts
Showing posts with label ebm. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

Panaskan susu, guna warmer @ rendam air panas?

Saper2 yg kat luar sana tercari2 camner nk panaskan stok ebm nie.Leh baca entry nie.Thank credit to zahirah kerana kongsi arikel nie



Nk panaskan susu ni,pastikan susu dah cair, jgn amik direct dari tmpt beku tau! Sejuk beku, rendam ngn air panas, alahai...kang hilang plak segala nutrien susu tu. Cara nak panaskan, yg biasa aku buat, simple je, tuang air panas ke dalam mug, then masukkan botol susu tu. Rendam seketika dlm 5-10 minit, test dulu panas dia ok tak. Titik kan aje susu tu skit kat tgn kita. Klu dah suam..bolehla bg pd baby..


(**Warmer ni, lebih selamat dan terjamin, sebab kita hanya perlu masukkan air ke dalam warmer, kemudian masukkan botol susu. Warmer akan keep warm air tu sehingga 45 darjah. Nutrien dalam susu ibu mudah rosak apabila direndam dalam suhu terlebih panas. Walaupun kita terleka akibat sibuk wat benda2 lain, tapi susu kita tetap keep warm maximum 45 darjah.)


Sbnrnya,klu nak selamat n ada duit lbih, better belikan warmer utk pgasuh anak kita. Bukan pe, biasa pgasuh nak cepat. Kdg2 dah terlebih panas,klu takpun, msh sejuk lg, bila time anak kita dah melalak nak susu,akibat panik, diorg kdg2 main kasi je. Coz pernah terjadi kat anak aku sdiri..Bengang betul n sedih giler rasa,bila tgk anak kita minum susu, sejuk mcm minum air dlm peti sejuk. Alasannya, tak smpt nak panaskan..Sabar jelah..Ksian WAFIY... :(

Hmm..klu yg beku pulak,biasanya kita kena cairkan dulu tau..Jgn main panaskan..Sia2 je, bg anak susu yg dah hilang nutrien..Biasanya,susu beku,balik dr ofis,dlm kul 6 ptg,aku akan trunkan kat bhgn bwh, spy, bila esok pg nak htr pd pgasuh, susu tu dah cair..Hrp faham ye kwn2..


Mahu mencuba? Kami menyediakan Euphoria Mini Pack untuk 30 hari consume dengan harga terendah RM80 dan free delivery. Boleh sms kan kepada saya 017-6889652

Tuesday, March 8, 2011

EBM - Bagaimana nak cairkan?


1. Pilih botol frozen EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku.



2. Turunkan frozen EBM ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan semalaman. keesokkan harinya susu akan cair… InsyaAllah ATAU....




3. ... lalukan frozen EBM di bawah aliran air paip.



4. Bila dah cair, panaskan dengan cara merendam di dalam mangkuk berisi air panas/suam.


5. AMARAN KERAS !!!

* JANGAN cairkan frozen EBM at room temperature
* JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan frozen EBM kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
* JANGAN masak frozen EBM di atas api, ini juga akan memusnahkan khasiat susu ibu.
* Elakkan memanaskan susu diawal pagi dan memasukkan ke dalam termos… kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
* Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, so kene pandai budget supaya tak membazir.

TIPS

* Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.
* Hold your baby when feeding EBM
* Jadikan feedings an enjoyable time for you and your baby. Rangsang bayi anda dengan berborak bersama baby dan berikan banyak senyuman.
* Sesudah minum, BURP kan baby anda.

INFO... INFO...



Chilled EBM (Susu yg dah perah, disejukkan dibahagian sejuk (bukan beku)) normally akan terbahagi kepada 2 lapisan… atas dia bhgn lemak, bwh dia air.. this is perfectly normal, jangan pulak korang ingat susu tu basi and buang plak. Wat u need to do, is masa panaskan susu tu, GENTLY SWIRL the bottle to mix the lapisan.

credit to mommamia

EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu

Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

  • EBM = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  • Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey
  • Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan lebel.

* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?


FRIDGE/FREEZE

  • Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
  • Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.


FRIDGE/FREEZER?

  • Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
  • Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
(sebelum dibekukan) - 3-7 hari
(selepas dibekukan) - 24 jam

  • Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:

* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat

* Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.

* Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

credit to momma mia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...