Pages

Free Gift

Sebarang pembelian euphoria mini pack dari blog comelceria akan menerima hadiah PERCUMA ini! Bergantung pada stok..Jika stok habis akan diganti dengan hadiah yg lain yer


Senangnya nak dpt hadiah percuma kan.... :) dan setiap pembelian mana2 trial pack di blog ini RM1 akan saya dermakan ke tabung anak2 yatim Malaysia....Membeli sambil beramal.

Tuesday, March 29, 2011

Vitamin untuk kanak-kanak

Sebagai ibu bapa prihatin, pasti inginkan anak-anak mendapat khasiat makanan sepatutnya. Lebih-lebih lagi bila sudah bercerai susu ibu, 100% nutrisi harian adalah dari pemakanannya.

Tahukah Anda?
  • Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini.
  • Selepas umur dua tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.
  • Pada umur lima tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.
  • Antara umur 11 dan 16 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.


Chewable Vita-C @ 100mg
Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan
Vita-Lea® for Children Chewable
  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
  • Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Sumber harian tambahan bagi vitamin B
Bagi anak-anak yang aktif dan tidak suka dengan vitamin berbentuk pil, ada pilihan buat mereka. Iaitu Mealshakes. My daughter Damia memang payah nk telan... so sehari sekali, saya pasti akan campurkan 1/4 sudu makan Meal Shake ini kedalam susu (8oz)

Meal Shakes

  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendak lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
  • sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetatpi... Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua
Nota : Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.


Secara ringkas
  • Kanak-kanak bawah 1 tahun – minum susu ibu dan mendapat khasiat dari susu ibu yang diminum.
  • Kanak-kanak 1-3 tahun – ambil mealshake sesudu sehari yang dicampur dengan air sejuk atau suam. Juga boleh ambil soy protein (ESP) dalam kuantiti yang serupa.
  • Kanak-kanak 4 tahun ke atas – mealshake, chewable Vita Lea for children dan chewable Vita-C.

chewableVita-c vitaLeaChildren mealShake

Harga bagi vitamin2 di atas:
Chewable Vita-C (90 tabs) = RM 30
Vita Lea for children (65 tabs) = RM 39
Mealshake (544 gram) = RM 91

credit to kak alin

Mahu mencuba? Kami menyediakan euphoria mini pack untuk 30 hari consume dengan harga terendah RM80 dan free delivery. Boleh sms kan kepada saya 017-6889652

Monday, March 28, 2011

Kepentingan setiap vitamin dalam set B ?

Mesti dekat luar tertanya2 khasiat setiap vitamin yg ader dlm set B nie.Credit to kak N

Alhamdulillah, ibu panjatkan syukur pada Allah atas kurniaNya kerana mengizinkan kita melihat wajah orang yang tersayang dan pagi yang indah ini. Ada beberapa customer ibu sangat teruja setelah merasakan kebaikan Shaklee untuk penyusuan dan ingin berkongsi dengan rakan lain namun tidak tahu bagaimana nak menerangkan dengan lebih jelas.

1.Apakah set yang sesuai untuk ibu yang menyusu?
Set B

2. Apakah yang ada dalam set B?
Multivitamin @ Vitalea, B complex, Vitamin C dan Alfalfa

3. Apakah fungsi atau kebaikan setiap vitamin bagi ibu yang menyusu?


a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.

Bagi yang berkemampuan, boleh menambah:

Energizing Soy Protein (ESP)
Ianya adalah protien dan protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESp turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang.....kesan baik kepada baby berat badan mudah naik terutama pada 6 bulan pertama kelahiran. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi setanding dengan harga yang kita bayar :). Ibu dah amalkan hampir 10 tahun ESP ni memang sangat berpuashati.

Bagi yang mengalami kemerunduman susu, boleh cuba ESP agar penghasilan susu lebih efektif dan mula nampak peningkatan. Ibu akan minum ESP 3-5 kali sehari apabila susu merosot. Memang cepat rasa susu penuh. Itu yang ibu sentiasa pastikan ESP sentiasa ada di rumah.


Mahu mencuba? Kami menyediakan Euphoria Mini Pack untuk 30 hari consume dengan harga terendah RM80 dan free delivery. Boleh sms kan kepada saya 017-6889652.

Sunday, March 13, 2011

Elak Alzheimer Bantu Pesakit Alzheimer dengan Supplement

Alzheimer atau nyanyuk sudah tidak lagi dikaitkan dengan proses penuaan. Tambahan pula sejak munculnya formula-formula anti-penuaan (anti-aging) yang menyifatkan penuaan bukan sebab usia, tapi kerana wujudnya radikal2 bebas dalam tubuh kita. Sejajar dengan itu, Alzheimer kini dikenali sebagai penyakit progresif yang berlaku akibat kehilangan sel saraf otak. Ia disebabkan oleh ‘kehilangan’ sel otak secara sedikit demi sedikit, yang menyebabkan pesakit mengalami kekurangan fungsi mental dan akhirnya fungsi fizikal.

Ia adalah kerana fiber-fiber saraf di sekitar hippocampus, yakni pusat ingatan dalam otak menjadi ‘tersimpul’. Kekusutan yang berlaku terhadap saraf2 itu menyebabkan ia tidak dapat menyimpan dan menterjemah sebarang maklumat. Dengan kata lain, mereka ni mengalami ‘litar pintas’ dalam otaknya.

Alzheimer sebenarnya bukan perkara normal pada orang tua. Ini kerana ia telah dikelaskan sebagai sejenis penyakit, bukan sebahagian dari peningkatan usia. Ada sesuatu yang tidak kena pada pengidap Alzheimer. Ramai orang yang menghampiri usia 90 tahun masih lagi dapat berfikir dengan sihat dan bijak, contohnya Tun Mahathir.

Menurut kajian, otak penghidap Alzheimer didapati mengandungi kandungan kalsium, silikon, sulfur dan aluminium yang tinggi. Protein dalam darah juga boleh menyumbang kepada terjadinya penyakit ini.

Setakat ini tiada rawatan untuk pesakit Alzheimer, oleh kerana ia adalah penyakit progresif. Namun, terdapat terapi bagi meringankan masalah yang dihidapi oleh pesakit Alzheimer.

Bagaimana mengawal diri agar jauh dari Alzheimer?

Menurut orang-orang tua, cara untuk mengelakkn dari terkena penyakit Alzheimer ialah dengan memperbanyakkan membaca & mengkali al-Quran, zikrullah serta banyak membaca buku. Nabi SAW juga ada memberi petua bahawa untuk menjauhi nyanyuk ialah dengan melazimkan istighfar 70 kali sehari.

Selain dari itu, penyakit Alzheimer boleh dihindari dengan penjagaan kesihatan, termasuk pemakanan.Berikut adalah cadangan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan penyakit Alzheimer:

Vita-E Complex – Vitamin E membantu dalam pengangkutan oksigen kepada sel-sel otak.

B Complex – Vitamin B12 mengelakkan ‘hilang ingatan’ dalam diri kita.

Lecithin – meningkatkan fungsi dan potensi otak.

Omega Guard - dengan DHA untuk meningkatkan daya ingatan.

Trial pack - RM 204

Supplement bagi membantu pesakit Alzheimer:

Energizing Soy Protein - Mengandungi asid amino yang membekalkan tenaga kepada otak, jantung dan otot rangka dengan menyalurkan asid lemak kepada sel-sel tersebut. Cartinine (sejenis asid amino) membantu melambatkan proses ‘penurunan’ mental pada pesakit Alzheimer.

Garlic Complex -membantu melambatkan proses penyusutan otak.

Omega Guard - memperbaikkan fungsi kognitif.

Sekiranya anda mendapati ahli keluarga mengalami masalah seperti mudah lupa, cepat moody, short-tem memory loss, bingung, dan sebagainya – segeralah berjumpa doktor. Pesakit yang melibatkan perkara sebegini perlu mendapat pengesahan doktor kerana dikhuatiri simptom2 tersebut bukan sekadar nyanyuk, tapi ada masalah otak yg lain

full pack - rm 278

credit to Mommy Lyna

Mahu mencuba? Kami menyediakan Euphoria Mini Pack untuk 30 hari consume dengan harga terendah RM80 dan free delivery. Boleh sms kan kepada saya 017-6889652

Friday, March 11, 2011

vitamin2 GLEMER yg ibu2 add on apabila membeli Trial Pack Breastfeeding set Shaklee..kenapa?

Ni senarai vitamin2 GLEMER yang di add on apabila ibu2 diluar sana membeli Euphoria mini Pack - Breastfeeding set

Lecitin 60 caps (only RM30)-trial price
kenapa lecitin?
  • lecithin can help improve brain power.
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
kenapa vitamin E?
Vita E 30 caps only RM37-trial price
  • Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan
  • Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
  • Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan.
  • Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka.
  • Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar
  • pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.
  • vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

kenapa Omega?
..Omega guard ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghlangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya
  • kerana dapat meningkatkan kandungan DHA dalam susu badan kawan2 di samping membantu mempertingkatkan lagi kesihatan jantung dan memberi daya ingatan yang baik terhadap ibu dan anak. selain daripada itu, ia juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita....*Namun, kenapa kita masih perlu ambil fish oil dalam bentuk kapsul, dengan kata lain Omega Guard?
1. Ikan2 laut mengandungi merkuri yang tinggi disebabkan oleh pencemaran. Jadi ia memberikan kesan uyang tidak baik kepada kesihatan.
2. Kita memasak ikan dalam suhu tinggi yang boleh merosakkan khasiat minyak ikan itu sendiri.
Nutriferon 10 stick only RM70 (trial price)

kenapa Nutriferon?
Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster.siapa yang perlukannya?
  • individu yang rendah sistem imun.
  • individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  • individu yang apabila sakit (demam), demamnya melarat melebihi seminggu.
  • ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap

  • credit to kak cery

    Mahu mencuba? Kami menyediakan euphoria mini pack untuk 30 hari consume dengan harga terendah RM80 dan free delivery. Boleh sms kan kepada saya 017-6889652

    ibu2 prihatin dgn berat badan?jom tgk demo -bagaimana lecitin membantu menurunkan berat badan-


    JOm lihat demo tgk bagaimana lecitin berfungsi dalam memecahkan lemak dan seterusnya menurunkan berat badan......inilah gambar yang ibu snap untuk tatapan semua.
    Mula-mula, ibu tuangkan minyak ke dalam gelas yang berisi air. Seperti yang kita sedia maklum bahawa minyak mempunyai ketumpatan yang lebih rendah dan ia sama sekali tidak akan larut di dalam air.

    Pandangan dari sudut sedikit jauh.
    Ibu cuba kacaukan minyak tersebut dengan air namun hasilnya molekul minyak akan tetap bersatu semula.
    Kemudian, ibu pecahkan 2 biji Lecithin di dalam gelas tersebut.

    Setelah dikacau, inilah hasilnya.
    Molekul minyak kelihatan terurai.
    Apabila keadaan ini berlaku, minyak atau lemak di dalam tubuh lebih mudah disingkirkan. Ini baru dengan 2 biji Lecithin..kalo lebih cemana yer?. ..kalau ikut kan,sehari perlu ambil 6 biji...

    Lecitihin sangat membantu dalam program pengurangan berat badan kerana sifatnya yang boleh memecahkan lemak. LEMAK DALAM BADAN kita ni umpama butter.. cube pegang butter tu.. susahkan butter tu nak pecah or cair gitu jerr. kan?.....jadi bila kita mkn lecithin ni..ia membantu memecahkannya.... yahoooo....Namun kita perlu pastikan kita mengambil fiber dalam diet menu harian agar proses pembuangan lebih lancar.Lecithin selamat diambil oleh ibu yang sedang menyusukan anak dan mereka yang khuatir dengan masalah kolestrol.


    Mahu mencuba? Kami menyediakan euphoria mini pack untuk 30 hari consume dengan harga terendah RM80 dan free delivery. Boleh sms kan kepada saya 017-6889652

    Kepentingan lecithin

    Jom kita baca lagi kepentingan lecithin

    Kepentingan Lecithin :

    Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

    Kandungan Lecithin :

    • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
    • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
    • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
    • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

    Kegunaan Lecithin :

    PALING UTAMA

    • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
    • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
    • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
    • Membantu kawal paras triglycerides.
    • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
    • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

    PENTING UNTUK FUNGSI OTAK

    • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
    • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
    • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

    UNTUK KAUM TUA

    • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
    • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

    UNTUK PENGHADAMAN

    • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

    UNTUK SEL

    • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
    • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

    UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)

    • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
    Tapi pastikan anda mengambil Lecitin selepas heavy meal(lunch/dinner)..bukan sebelum makan lunch/dinner yer ..kerana .pengambilan vitamin sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik... dimana anda akan cepat berasa lapar.... ..:-)

    dapatkan sekarang..sebotol cuma rm42 untuk 180 kapsul..(tidak termasuk caj penghantaran)..InsyaAllah saya akan sediakan jadual pemakanan jika anda berminat

    credit to kak cery

    Mahu mencuba? Kami menyediakan Euphoria Mini Pack untuk 30 hari consume dengan harga terendah RM80 dan free delivery. Boleh sms kan kepada saya 017-6889652

    Thursday, March 10, 2011

    Panaskan susu, guna warmer @ rendam air panas?

    Saper2 yg kat luar sana tercari2 camner nk panaskan stok ebm nie.Leh baca entry nie.Thank credit to zahirah kerana kongsi arikel nie



    Nk panaskan susu ni,pastikan susu dah cair, jgn amik direct dari tmpt beku tau! Sejuk beku, rendam ngn air panas, alahai...kang hilang plak segala nutrien susu tu. Cara nak panaskan, yg biasa aku buat, simple je, tuang air panas ke dalam mug, then masukkan botol susu tu. Rendam seketika dlm 5-10 minit, test dulu panas dia ok tak. Titik kan aje susu tu skit kat tgn kita. Klu dah suam..bolehla bg pd baby..


    (**Warmer ni, lebih selamat dan terjamin, sebab kita hanya perlu masukkan air ke dalam warmer, kemudian masukkan botol susu. Warmer akan keep warm air tu sehingga 45 darjah. Nutrien dalam susu ibu mudah rosak apabila direndam dalam suhu terlebih panas. Walaupun kita terleka akibat sibuk wat benda2 lain, tapi susu kita tetap keep warm maximum 45 darjah.)


    Sbnrnya,klu nak selamat n ada duit lbih, better belikan warmer utk pgasuh anak kita. Bukan pe, biasa pgasuh nak cepat. Kdg2 dah terlebih panas,klu takpun, msh sejuk lg, bila time anak kita dah melalak nak susu,akibat panik, diorg kdg2 main kasi je. Coz pernah terjadi kat anak aku sdiri..Bengang betul n sedih giler rasa,bila tgk anak kita minum susu, sejuk mcm minum air dlm peti sejuk. Alasannya, tak smpt nak panaskan..Sabar jelah..Ksian WAFIY... :(

    Hmm..klu yg beku pulak,biasanya kita kena cairkan dulu tau..Jgn main panaskan..Sia2 je, bg anak susu yg dah hilang nutrien..Biasanya,susu beku,balik dr ofis,dlm kul 6 ptg,aku akan trunkan kat bhgn bwh, spy, bila esok pg nak htr pd pgasuh, susu tu dah cair..Hrp faham ye kwn2..


    Mahu mencuba? Kami menyediakan Euphoria Mini Pack untuk 30 hari consume dengan harga terendah RM80 dan free delivery. Boleh sms kan kepada saya 017-6889652

    Susu Berkualiti vs. Penyusuan Berkualiti

    Susu ibu manusia kepada anak manusia adalah susu yang paling tinggi kualiti di dunia (sepertimana susu dugong untuk anak dugong, susu kucing untuk anak kucing, susu harimau untuk anak harimau). Ajaibnya susu ibu, walaupun si ibu mengalami kekurangan zat makanan, susu yang dihasilkan tetap yang terbaik dan tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana susu yang ada di dunia ini.

    Walau sebagus manapun susu formula yang dicanangkan di media, susu ibu mempunyai komposisi yang lengkap, lebih dari apa yang ada dalam susu formula. Malah, susu ibu adalah ‘personalized’, ia mengikut keperluan bayi kepada ibu tersebut.

    Susu berkualiti vs. penyusuan berkualiti?

    Susu ibu = TINGGI KUALITI. Meskipun ibu menghidap AIDS, di negara2 dunia ketiga, ibu-ibu yang dijangkiti virus HIV tetap digalakkan menyusukan anak, kerana pemberian susu lain lebih berbahaya kepada bayi mereka.

    Kualiti susu ibu memang tak boleh disangkal oleh sesiapa. Tapi bagaimana dengan penyusuan berkualiti?

    Penyusuan berkualiti menentukan keberkesanan dalam satu-satu proses penyusuan ibu dari kala bayi dilahirkan hinggalah putus susu. Penyusuan berkualiti adalah tatacara penyusuan yang mengikut lunas2 penyusuan ibu yang sebenarnya. Apakah konsep penyusuan susu ibu? Antaranya ==>

    • Supply berkadar langsung dengan demand. Semakin banyak bayi menyusu/ibu mengepam, semakin banyak susu ibu dihasilkan
    • Kerap mengosongkan payudara, memberi stimulasi kepada kilang susu untuk memproses lebih banyak susu
    • Memberi bayi menghisap di payudara seawal 30 minit kelahiran (ramai ibu terlepas momen ini kerana menganggap mereka tiada susu – tanggapan yang salah. hisapan bayi itulah yang menggalakkan pengeluaran susu)
    • Makanan penggalak susu, pengurutan, segala macam jenis tips membanyakkan susu tidak bermakna sekiranya ibu mengabaikan hal2 menyusukan bayi/pam dengan kerap
    • Susu ibu yang diperah bukanlah ukuran jumlah susu yang dihasilkan

    Penyusuan berkualiti juga adalah satu aktiviti sihat, yang menjaga kesihatan & kebajikan semua pihak – bayi, ibu, bapa & seluruh keluarga serta masyarakat. Seorang ibu menyusu:

    • Hendaklah sentiasa dalam keadaan sihat
    • Sentiasa dalam keadaan tenang, tidak stress, relax
    • Tidak mengeruhkan hubungan dengan sesiapa hanya kerana dia menyusu badan
    • Tetap aktif dan cerdas
    • Tidak mengalami sebarang masalah kerana penyusuan
    • Mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang
    • Menikmati kehidupan berumahtangga yang lebih baik dengan kehadiran cahaya mata
    • Lebih tabah menghadapi cabaran
    • Tetap cantik!

    Namun, ramai ibu menyusu yang mengadu letih, lesu, serabai, stress, dan sebagainya. Kenapa ini biasa berlaku? Dari pemerhatian saya:

    • Ibu tidak menjaga pemakanan. Makan ikut sempat dan ikut sedap saja.
    • Ibu tidak menjaga waktu rehat. Jaga bayi memang susah nak rehat, tapi waktu2 free tak digunakan dengan baik.
    • Ibu kerap merungut dan mengeluh kerana penat menjaga bayi.
    • Ibu hanya suka makan makanan untuk memperbanyakkan susu daripada makanan seimbang.
    • Ibu hanya fokus kepada anak dan penyusuan, hingga melupakan kebajikan diri sendiri.

    Ada yang berpendapat “Biarlah ibu susah, biarlah badan ibu sakit, biarlah rambut ibu gugur, biarlah gigi ibu goyang, asalkan anak mendapat yang terbaik”. Adakah itu satu tindakan yang bagus? Saya rasa tidak:

    • Ibu masih mempunyai suami, seorang isteri hendaklah sentiasa kelihatan cantik dan sihat untuk melayan suami.
    • Ibu bakal mempunyai ramai lagi anak untuk disusukan. Kalau dah full swing untuk anak yang ini, adik-adiknya nanti entah macamana la rupa ibunya.
    • Ibu perlu menguruskan rumahtangga. Kalau ibu dah exhausted, siapa nak uruskan hal2 lain?

    Kerana itulah kami menyarankan ibu-ibu menyusu mengambil set breastfeeding Shaklee sebagai penyokong kepada penyusuan berkualiti. Sebab itu tak macam pil2 penambah susu/milk booster/membantu penyusuan yang lain, set breastfeeding Shaklee mengandungi 3 VITAMIN & MINERAL ASAS dan 1 MILK BOOSTER. Tak lain tak bukan ialah untuk memberikan ibu khasiat sepenuhnya, agar ibu:

    • Bebas dari stress
    • Sentiasa bertenaga
    • Sentiasa sihat wal afiat
    • Tidak mengalami masalah keguguran rambut, gigi tanggal, kulit kusam, muka pucat, dan sebagainya
    • Sentiasa aktif, cergas dan cerdas
    • Lebih berkeyakinan untuk terus menyusukan anak
    • Menikmati kehidupan yang lebih baik dan rehat yang berkualiti
    • Senang tidur
    • Lebih mudah menyelesaikan masalah

    Bukankah dunia penyusuan lebih indah bila semua pihak mendapat manfaat darinya.

    set breastfeeding shaklee

    Dapatkan set breastfeeding Shaklee (trial pack = pos percuma + hadiah percuma!) dengan hanya RM80 untuk 30-hari dan full set dengan hanya RM241 (bg Semenanjung) untuk 4 bulan

    by Mommy Lyna

    Mahu mencuba? Kami menyediakan Euphoria mini Pack untuk 30 hari consume dengan harga terendah RM80 dan free delivery. Boleh sms kan kepada saya 017-6889652

    ekzema & alergi dari pemakanan harian

    credit to cik pau kerana kongsi artikel nie. Hari ini saya ingin membawa anda untuk bersama2 memahami asas alergi makanan yang menjadi punca ekzema. Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda perlu melindungi anak anda daripada elergi yang bukan sahaja membawa penderitaan kepada anak anda tetapi seisi keluarga.pengurusanalergi memerlukan wang, masa dan tenaga. Mari kita terlebih dahulu memahami punca masalah elergi.

    Asas alergi makanan

    Adakah anak saya berisiko mengalami alergi makanan?

    Alergi makanan semakin kerap terjadi dan amat merungsingkan. Walaupun alergi makanan tidak dibataqsi usia, namun alergi ini lazimnya bermula pada tahun pertama dalam kehidupan seseorang. Kebanyakan kanak2 akan bebas daripada sesetengah alergi apabila mencapai umur persekolahan akan tetap ramai yang mengalaminya sehingga dewasa. Golongan yang mempunyai risiko paling tinggi adalah mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami alergi.

    Risiko menghidap alergi berdasarkan sejarah keluarga:
    Kedua2 ibu bapa tiada alergi – anak hadapi 5-15% risiko alergi
    Salah satu ibu bapa mempunyai alergi – anak hadapi 20-40% risiko alergi
    Kedua2 ibu bapa mempunyai alergi – anak hadapi 40-60% risiko alergi (50-80% jika ibu bapa mempunyai tanda alergi yang sama)

    Bagaimanakah alergi makanan terjadi?
    Lazimnya, sistem imun akan menyerang bacteria merbahaya, virus dan bendasing di dalam badan sedangkan makanan tidak dianggap merbahaya. Alergi makanan berlaku apabila sistem imun tersalah dan menganggap satu komponen makanan tertentu, biasanya protein sebagai merbahaya lalu menyerangnya.

    Apakah tanda2 alergi makanan?
    Tandanya terdiri daripada gatal2 (gegata), eczema, dermatitis, loya, muntah, cirit-birit, lelah, asma dan bronchitis. Kebanyakan reaksi adalah ringan tetapi sesetengah individu mungkin mengalami reaksi teruk yang membawa maut.

    Mengapa pencegahan alergi penting?
    Tiada penawar sebenar pada elergi. Justeru itu adalah wajar untuk mencegah alergi terutamanya di kalangan bayi dan kanak2. Kes alergi semakin meningkat menunjukkan bahawa ia merupakan masalah besar pada peringkat kanak2. Perlindungan jangka panjang diperlukan kerana kejadian satu alergi boleh mendedahkan anak2 kepada alergi yang lain. Kos rawatan alergi juga sentiasa meningkat bukan sahaja dari segi penjagaan kesihatan tetapi juga dalam bentuk kemerosotan kualiti hidup anak anda serta seisi keluarga.

    Langkah melindungi anak daripada mengalami alergi.
    Cara yang paling baik ialah dengan menyusui bayi anda secara ekslusif selama sekurang2nya 6 bulan. Susuibu merupakan susu hipoalergenik yang unggul dan sumber penting antibody yang dikenali sebgai immunoglobulin a (IgA)
    Antara langkah lain yang berkesan dalam mencegah mahupun mengurangkan risiko alergi makanan ialah :
    • tentukan risiko alergi bayi anda melalui catatan sejarah alergi keluarga anda.
    • sekiranya anda tidak dapat menyusui anak anda kerana masalah perubatan, berundinglah dengan doctor anda tentang pilihan lain seperti rumusan hipoalergenik.
    • susu kacang soya dan rumusan susu kambing tidak mengurangkan risiko alergi dengan berkesan.
    makanan pejal diperkenalkan kepada bayi anda hanya selepas dia berumur 6 bulan. Berikan satu jenis makanan baru setiap minggu tetapi elakkan makanan yang sangat alergenik dalam tahun pertama.

    • kurangkan habuk di dalam rumah.
    • jangan pelihara haiwan di rumah atau di pusat penjagaan kanak2.
    • Jangan merokok semasa mengandung ataupun berhampiran dengan anak anda.

    Fakta dan hasil penyelidikan mengenai alergi.

    Usus adalah organ imun yang terbesar dalam tubuh.
    Mari kita meneliti usus kita. Selain berfungsi sebagai organ penghadaman, usus kita mengandungi hampir 80% daripada semua sel penghasil antibody dalam tubuh,menjadikan usus kita organ imun yang terbesar. Usus kita juga diduduki oleh trillion bacteria yang merangkumi bacteria bermanfaat dan juga bacteria merbahaya. Kedua2nya membentuk mikroflora usus, yang selain daripada menjaga kesihatan am, ia juga memainkan peranan penting dalam pencegahan alergi.

    Bifidobakteria, sejenis bacteria bermanfaat.
    Pada masa kelahiran, usus bayi adalah steril tetapi selepas beberapa jam sahaja usus bayi tersebut akan diduduki oleh mikroorganisma dari salur kelahiran ibunya serta dari persekitaran. Bayi yang diberi susuibu secara eksklusif mendapat sejenis bacteria bermanfaat iaitu bifidobakteria, menjadi dominan dan akhirnya merangkumi 99% daripada jumlah bacteria pada usus.

    Peranan penting Bifidobakteria dalam pencegahan alergi.
    Semasa dilahirkan, sistem imun anak masih belum matang dan mudah diserang oleh jangkitan dan alergi. Bifidobakteria merangsang kematangan dan fungsi sistem imun usus anak anda. Didapati kanak2 kecil yang mengalami alergi mempunyai mempunyai kurang bifidobakteria berbanding dengan mereka yang tidak menghidap alergi.Tambahan lagi, bifidobakteria juga member perlindungan terhadap jangkitan usus yang disebabkan oleh bacteria merbahaya. Satu contoh jangkitan tersebut ialah gastroenteritis yang membawa kepada penyakit cirit- birit.Cirit –birit masih merupakan penyebab utama kematian bayi di kebanyakan negara yang kurang maju.

    Antara beberapa faktor yang telah dikenal pasti didalam menjejaskan populasi Bifidobakteria:
    Cara kelahiran:
    Flora yang terdapat pada usus, kulit dan vagina ibu merupakan sumber bacteria yang akan menduduki usus bayi yang baru lahir. Justeru, cara kelahiran mempengaruhi mikroflora bayi. Didapati bahawa bayi yang dilahirkan melalui pembedahan caesarean, dimana tiada penyentuhan dengan flora yang terdapat pada vagina dan najis ibu, akan mengalami penangguhan dalam pembentukan mikroflora usus normal. Mikroflora ini tetap terganggu sehingga 6 bulan selepas kelahiran. Bayi yang dilahirkan melalui kaedah caesarean juga mempunyai kurang bifidobakteria, terutamanya jika mereka tidak diberi susu ibu ataupun menerima susu ibu untuk jangkamasa yang amat singkat.

    Memperkenalkan makan pejal:
    Bilamana makanan pejal diperkenalkan, terdapat perubahan dalam mikroflora usus dan bilangan bifidobakteria didapati menurun. Semasa memperkenalkan makanan pejal kepada bayi,dimana peringkat ini merupakan peringkat yang berisiko tinggi kerana makanan baru yang diperkenalkan bayi secara lazimnya akan membawa kepada risiko alergi pada makanan.

    Bagi mengatasi masalah populasi Bifidobakteria, ianya dapat dipulihkan dengan zat-zat bifidogenik atau probiotik diamana susuibu mempuyai bifidogenik istimewa yang menggalakkan pertumbuhan bifidobakteria. Sebagai contoh, susu ibu mengandungi laktosa tinggi, fosforus rendah dan kualiti protein yang baik. Dan bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah perubatan dan seterusnya tidak dapat menyusukan bayi mereka, rumusan bayi yang telah ditambah zat-zat bifidogenik ini boleh diberikan kepada bayi mereka.

    Probiotik adalah kultur hidup bacteria bermanfaat yang digunakan sebagai ramuan makanan.Bilamana ianya diambil, bakteria yang bermanfaat ini dapat menjaga kesihatan kepada hos, yang merangkumi:
    Perlindungan terhadap penyakit-penyakit alergi.
    • Perlindungan terhadap jangkitan usus yang mungkin membawa cirit-birit.
    • Membantu dalam penyerapan mineral.
    • Membantu dalam penghasilan vitamin B dan K.

    Sebagai contoh yang baik bakteria probiotik ialah bifidobakteria, yang ditambah kedalam makanan kanak-kanak seperti susu, yogurt dan minuman yogurt. Kajian secara klinikal juga menunjukkan bahawa bifidobakteria telah mambantu memperbaiki kesihatan usus serta mengatasi masalah didalam pembuangan air besar bayi dan kanak-kanak kecil.

    Apakah Asid Dokosaheksaeniok (DHA) dan peranannya dalam pencegahan alergi?
    Asid Dokosaheksaeniok atau singkatannya (DHA) adalah asid lemak politaktepu yang berangkaian panjang, dimana DHA juga bukan sahaja diperlukan untu perkembangan otak dan penglihatan yang optimum bahkan ianya juga membantu dalam respons imun anak dengan cirri-ciri anti-radangnya yang kuat. Didalam dua kajian klinikal juga menunjukkan bahawa pemberian minyak ikan yang kaya dengan DHA kepada bayi pada tahun pertama,dapat mengurangkan risiko rhinitis alergik serta asma sehingga umur 4 tahun. (mujur ada Shaklee Omega Guard)


    TRIVIA:
    Seratus tahun telah pun berlalu sejak perkataan “alergi” dicipta pada tahun 1906 tetapi kita masih belum menemui penawar untuknya. Justeru pencegahan adalah merupakan satu-satunya cara untuk mengatasi alergi. Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk member anak-anak mereka kehidupan yang bebas daripada alergi.

    sumber : artikel "alergy pemakanan" terbitan Malaysian Society of Allergy & Immunology

    Istimewanya set B dan set G

    credit to cik pau thank to cik pua kerana kongsi artikel nie.

    Dalam entri yang lalu saya ada kongsikan tentang asas pemakanan harian yang menyebabkan alergi bermula daripada tahun pertama kehidupan anak2. antara saranan yang perlu diambil perhatian ialah betapa penyusuan susuibu mampu mengawal/mencegah berlakunya alergi pada anak2. hari ini saya ingin berkongsi tentang istimewanya set B iaitu persediaan khas untuk ibu menyusu dan set G yang mampu merawat resdung, ekzema, asma dan alergi.

    set B terdiri daripada - vitalea, vit B, vit C dan alfalfa
    set G terdiri daripada - B complex, vit C dan alfalfa

    banyak persamaannya cuma set B mengandungi satu lagi vitamin iaitu vitalea. ini bermakna selain daripada persediaan untuk ibu yang menyusukan, secara tidak langsung set ini juga mampu merawat alergi, resdung, asma, gegata dsb. menarik bukan? jom kita tengok betapa istimewanya fungsi setiap vitamin.

    a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin

    Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. zat besi juga penting untuk mengelakkan pitam /pening. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

    b) B Complex

    Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein serta Anti stress (sebagai penenang), Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga, menstabilkan hormon dan merawat keletihan. membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..) so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam. B complex juga penting untuk program diet.

    c) Vitamin C
    Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu. pengambilan Vitamin C juga membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik dan memudahkan penyembuhan luka2 kecil.

    d) Alfalfa

    Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susuibu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu sistem perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.

    Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. alfalfa juga dapat menghapuskan bau badan dan bau nafas yang kurang enak.Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. minum sekurang2nya 3liter sehari.
    *credit to anne

    nah...!!! best betul khasiat setiap vitamin dalam set B dan set G. banyak sangat nak makan? oohh... jangan pening2... pilih dua jenis selepas setiap hidangan utama. contoh: vitamin B dan C selepas sarapan manakala vitalea dan alfalfa selepas lunch. tapi kalau tak nak rasa mengantuk lepas lunch boleh laa ambil B complex lepas lunch manakala vitalea diambil selepas sarapan pagi. untuk ibu menyusu, ada juga yang ambil alfalfa lepas makan malam. kesannya, bengkak susu pada keesokan paginya... so malam tu kena laa bangun untuk pam :)

    Mahu mencuba? Kami menyediakan Euphoria Mini Pack untuk 30 hari consume dengan harga terendah RM80 dan free delivery. Boleh sms kan kepada saya 017-6889652

    Wednesday, March 9, 2011

    Induce Lactation


    Dalam usaha untuk menjayakan relaktasi, ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:

    • memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu;
    • mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah “tiada”) atau
    • meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu kurang).
    Kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor:

    Faktor #1 – Pengeluaran susu sebelum berhenti

    • Jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dahulu, kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi.
    • Namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungkinan “kurang susu” berlaku kerana kesilapan teknikal.

    Faktor #2 – Berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu?

    • Semakin lama bayi sudah berhenti menyusu, semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu daripada ibu.
    • Memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu daripada ibu kerana kebiasaan yang “selesa” dengan penyusuan botol dan susu formula.
    • Namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi, walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada.

    Faktor 3# – Berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu?

    • Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula.
    • Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif selama 16 minggu (4 bulan), lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu 2 bulan sahaja.Namun sekali lagi ditegaskan, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.

    Faktor #4 – Kesediaan ibu.

    • Relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh daripada ibu.
    • Ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi.
    • Sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi.

    Bagaimana caranya?

    1. Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu.
    • Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah.
    • Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?
    • Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur;
    • Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising;
    • Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra;
    • Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan;
    • Jika bayi menolak payudara ibu, jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi.
    • Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.
    Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu;

    • bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.
    • bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.
    Paten 1.

    Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan. Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu.

    Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula.

    -Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu.
    -Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.

    Paten 2.

    Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu, lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan.

    Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu.

    Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan.

    Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu, jangan putus asa… tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu.

    2. Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada payudara ibu.

    • Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu, harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu.
    • Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah.
    • Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi.
    • Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.

    Bagaimana meningkatkan penghasilan susu?

    • perah/pam dengan kerap
    • makan makanan berkhasiat dan seimbang
    • makan makanan penambah susu seperti Fenugreek
    • menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium)
    • kurangkan stress
    • berfikiran positif

    Kesimpulan: Relaktasi bukanlah usaha yang mudah. Ia boleh mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal. Namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.


    Mahu mencuba? Kami menyediakan Euphoria Mini Pack untuk 30 hari consume dan free delivery. Boleh sms kan kepada saya 017-6889652

    Bakal bakal ibu... beza nya vitamin Shaklee dengan yang lain..

    “ello geng...aku tgh mabuk skang ni...pregnant...hehe...teruk dr first wei...tensen aku...ko tolong jd penasihat aku ek...suggest kat aku ape2 supplement Shaklee yg patut beli yg sesuai utk ibu mengandung ni....awal2 ni kan kena mkn acid folic...vit b tu skali acid folic kan..tp aku takleh nak telan vit la...mkn je kang kuar la balik dalam bentuk cecair,sama warna ngan pil yg aku telan tuh...so camne?..bg la nasihat..”..

    Entry Mama Faiz:
    Itulah email dari seorang kwn saya semasa di UTP dulu ni… Alhamdulillah dah mengandung second baby dah.Kami berkahwin pada tahun dan bulan dan tarikh lebih kurang..so tak dpt nak hadiri majlis masing……hehehe..Saya tumpang gembira dgn rezeki sahabat saya….saya juga yang masih belum mendapat rezeki untuk mengandung lagi…apa2 pun Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Nya.. First baby dia sebaya dgn anak saya, Faiz... dan dia juga antara reqular customer saya yang setia pada Shaklee... Thanks bebeh for putting your trust in this product.. U know what best for your baby... Anyway.as usual.. sbb saya ni kan Engineer merangkap nutritionist.. maka dah jadi tanggungjawab saya untuk share info apa2 yang patut..cewah….……. Semalam saya sudah cerita basic2 vitamin yang sesuai untuk bakal2 ibu. Cuma saya nak kupas lebih detail apa beza dengan yang Shaklee sediakan….

    1.Selalunya doktor akan bagi vitamin Obimin atau kata lain multivitamin. Secara peribadi pada pendapat saya ia lebih mengandungi pewarna..., cuba genggam di dalam tapak tangan sebiji obimin, kita akan dapati ianya menjadi melekit di tapak tangan kita dan warnanya akan turun di dalam tapak tangan kita. Multivitamin Shaklee mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula. Iron sangat penting bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya. Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah, mudah nak pitam atau pengsan , hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.


    2. B complex ... Shaklee mempunyai B complex yang lengkap dengan 8 B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. B complex Shaklee mengandungi Folic acid, Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukkan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.


    3. Vitamin C Shaklee sangat unik. Ianya tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan. Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vit C minima tubuh kita iaitu 500mg. Ianya adalah sustained release dan akan digunakan secara beransur2 mengikut keperluan oleh badan kita.


    4. Kalsium Shaklee atau nama lainnya Ostematrix Shaklee sangat perlu bagi mereka yang sering mengalami sakit tulang belakang, kaki cramp, sendi2 yang bisa. Ianya juga penting agar keperluan tubuh badan si ibu dipenuhi dan tidak lupa juga bagi bayi yang dalam kandungan, kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang bayi yang kuat. Kalsium Shaklee tidak hanya diperbuat dari kalsium Karbonat semata2 yang boleh membuatkan seseorang sembelit dengan teruk tetapi Kalsium Shaklee dihasilkan oleh campuran kalsium karbonat dan kalsium sitrat


    Selain dari vitamin ini, bagi ibu yang berkemampuan bolehlah menambah pengambilan minyak ikan seperti Omega untuk meningkat sistem imun baby dan DHA otak bayi dan juga ESP (Soy Protein-Protein diperlukan untuk membina sel. Dari sel akan terbentuk organ. Dari organ akan terhasilnya sistem. Betapa pentingnya protien untuk pembentukan janin kepada bayi)..Sebab tu sepanjang mengandung,saya simpan je pil2 yang doktor berikan..hehe..…bukan anti pada doktor tapi terserah pada setiap indvidvidu…. Hanya kita yang berhak menilai dan memilih yang terbaik…. Seperti yang saya tulis sebelum ini “raya setiap tahun ada..setiap tahun kita jumpe,boleh beli yang best2 untuk si kecik.....tp breastfeeding dan pregnancy ni bukannya setiap tahun terbuka peluang untuk kita memberi yang terbaik untuk si kecil..dimana kesannya bukannya sekelip mata..”.. ( Ya Allah..moga saya diberi peluang dan rezeki untuk mengandung lagi)

    CREDIT TO AIN

    Mahu mencuba? Kami menyediakan Euphoria Mini Pack untuk 30 hari consume dan free delivery. Boleh sms kan kepada saya 017-6889652
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...