Pages

Free Gift

Sebarang pembelian euphoria mini pack dari blog comelceria akan menerima hadiah PERCUMA ini! Bergantung pada stok..Jika stok habis akan diganti dengan hadiah yg lain yer


Senangnya nak dpt hadiah percuma kan.... :) dan setiap pembelian mana2 trial pack di blog ini RM1 akan saya dermakan ke tabung anak2 yatim Malaysia....Membeli sambil beramal.

Tuesday, March 8, 2011

Bayi Pra-Matang, Set Apakah Yang Sesuai?

credit to along

Bayi pra-matang sebenarnya memerlukan nutrien yang lebih tinggi dan si ibu pula perlu memastikan bahawa si anak mendapat sepenuhnya susu ibu tanpa bantuan susu formula kerana pada waktu ini bayi pra-matang sangat memerlukan penjagaan yang rapi dan sistem imunisasi mereka adalah sangat rendah. Oleh itu si ibu perlu pastikan agar bayi pra-matang mendapat khasiat sepenuhnya susu ibu agar mereka mendapat semua kebaikan daripada susu ibu. Oleh sebab itu saya mengesyorkan agar ibu-ibu mencuba set B iaitu set penyusuan bersama Energizing Soy Protein bagi memperkayakan lagi susu badan kita di samping ibu dan si anak mendapat semua kebaikan dan meningkatkan taraf kesihatan yang optimum. Walaupun si ibu telah memakan suplemen, pemakanan seimbang perlu diteruskan di samping mengepam dengan penuh konsisten 2-3 jam sekali, minum air masak yang banyak at least 2-3 liter sehari serta jangan lupa berdoa agar perjalanan penyusuan dipermudahkan.

Jikalau boleh pastikan bayi pra-matang ini mendapat sepenuhnya susu badan yang fresh untuk 6 bulan yang pertama tanpa dicampur dengan susu beku kerana bayi pra-matang sangat 'fragile' contohnya mereka mudah jatuh sakit dan tidak boleh terdedah kepada orang ramai yang dikhuatiri boleh menyebabkan jangkitan. Ini adalah kerana sistem pertahanan badan bayi pra-matang sangat rendah. Pasti anda tertanya, bolehkah saya memastikan anak saya mendapat susu fresh tanpa ada sedikit susu bantuan daripada susu beku? IYA, boleh! Caranya ialah pastikan payudara anda dikosongkan dengan bantuan breastpump atau direct feeding 2 jam sekali. Prinsip penyusuan ialah jika ada permintaan maka penghasilan akan berlaku. Rangsangan yang kerap akan meningkatkan penghasilan susu badan. Susuilah bayi pra-matang mengikut demand atau 2 jam sekali agar bayi anda mahir dalam pelekapan sekiranya bayi anda sebelum ini diajar minum melalui tiub. Bagi mereka yang punya anak pra-matang perlu ada kesabaran yang tinggi, jangan mudah putus asa dan jangan lupa menjaga kesihatan diri sendiri agar dapat menghasilkan susu badan bagi bayi anda.



Fungsi vitamin-vitamin yang ada di dalam set B;

Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita disyorkan untuk perbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak, contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vita-lea telah dilengkapi dengan zat besi bagi membantu pembesaran anak lebih baik. Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu pastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimana pun, multivitamin beserta zat besi tidak disarankan di ambil dengan susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

B Compleks
Antara fungsi B Compleks ialah;
  • menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga
  • meningkatkan fokus dan tumpuan berfikir
  • mengelakkan penyakit beri-beri akibat kekurangan vitamin B
  • menggalakkan pertumbuhan
  • penting untuk sistem saraf (biras saya baru accident dan koma selama 5 hari, selepas baik doktor sarankan pengambilan B6 di dalam B Compleks)
  • anti stress dan tekanan
  • tingkatkan antibodi
  • diperlukan untuk penghasilan hemoglobin(sel darah merah)
  • cegah amenia
  • beri tenaga
  • untuk migrane
  • untuk memetabolismekan lemak, protein dan karbohidrat
  • penting untuk pesakit kencing manis untuk bantu penukaran gula kepada tenaga(ayah saya pengidap kencing manis dan doktor sarankan ambil B Compleks)
  • mengelakkan kecacatan pada bayi dalam kandungan (spina bifida)
  • kurangkan kolestrol
  • tingkatkan selera makan - di dalam B Compleks ada niasin di mana ia membantu menaikkan selera makan. Akan tetapi seperti saya taipkan tadi, B Compleks berfungsi menukarkan makanan menjadi tenaga, jadi kita takkan obes walaupun makan banyak kerana makanan itu tidak tersimpan macam itu sahaja tapi BERPADA-PADALAH. Kalau dah jenis makan sampai 3 pinggan takkan nak salahkan B Compleks juga, kan? Makan ikut KEPERLUAN bukan ikut NAFSU. Sebab itu kita pernah dengar ayat ni kan....MAKAN SEBELUM LAPAR, BERHENTI SEBELUM KENYANG. Ini bermakna selain ia boleh meningkatkan selera makan B Compleks juga berupaya membantu di dalam proses menurunkan berat badan.
Ibu-ibu yang menyusu amatlah dituntut untuk mengambil B Compleks. Selain ia mengandungi asid folik, ia juga membantu si anak menambahkan daya fokus mereka, kerana pengaliran oksigen di dalam badan mereka disokong dengan pengambilan B Compleks, oh iye B Compleks melancarkan pengedaran oksigen ke seluruh tubuh lalu menstabilkan hormon sekaligus membaikpulih sistem pencernaan. Kesan pengambilan B Compleks juga akan membuatkan urin kita berwarna kuning(hal ini selalu diterangkan oleh nurse/doktor semasa saya check-up mengandung di klinik kesihatan dulu) dan juga akan membuatkan susu badan kita berwarna kuning kerana di dalam B Compleks itu ada riboflavin yang terdapat di dalam B2. Vitamin B dan C adalah vitamin yang larut di dalam air jadi tidak hairanlah urin kita berwarna kuning dan juga susu badan kita akan bertukar menjadi kuning disebabkan oleh riboflavin ini. Tanpa riboflavin tubuh kita tidak boleh menggunakan lemak, karbohidrat dan juga protein. Ia mempunyai sebagai penukaran nutrisi menjadi tenaga, membuat vitamin dan mineral yang sedia untuk tubuh dan bertindak sebagai antioksidan untuk menyingkir radikal bebas dari sel tubuh kita. B6 di dalam B Compleks juga dikatakan dapat mempertingkatkan penghasilan susu ibu.

Vitamin C
Sangat penting menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan kesan pengambilan vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu tersebut untuk anak yang menyusu. Sekiranya bayi anda atau anda demam, tingkatkan pengambilan vitamin C ke 2 biji sehari. Bagi ibu-ibu yang menghadapi puting luka/melecet/berdarah, Insyaallah akan mudah sembuh dan satu lagi kesan vitamin C juga buatkan kulit makin bersih, cerah dan cantik. Vitamin C juga membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik. Ia juga melindungi kesihatan jantung, kanser, strok, kesihatan mata dan kekebalan terhadap untuk hidup lebih lama.

Alfafa
Merupakan herba di mana mempunyai 1001 fungsi dan salah satunya ialah membantu memekatkan susu dan juga memperbanyakkan susu. Pengambilan setiap ibu adalah berbeza. Ada yang mengambil 2 biji sahaja pun sudah mengalami bengkak susu namun ada juga yang memerlukan 4-10 biji sehari barulah menampakkan hasil dengan syarat minum air masak yang banyak. Turut membantu sistem penghadaman lebih lawas dan membuang angin di dalam badan di mana ada ibu-ibu yang sentiasa terkentut apabila mengambil afafa. Ia sangat bagus kerana dapat mengelakkan juga bayi daripada terkena kembug perut. Alfafa juga adalah kategori fiber di mana ianya akan buatkan kita kenyang.

Cara pengambilan di mana semua vitamin di dalam set B di makan selepas makan di waktu malam. Setiap vitamin mulakan dengan 1 biji dan hanya alfafa kita mulakan dengan 2 biji dan boleh ditingkatkan sehingga 10 biji sehari dengan syarat pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan vitamin.

Nota Tambahan
Jika ibu-ibu berkemampuan boleh mencuba Energizing Soy Protein. Apakah ESP?
1. rendah lemak dan berkhasiat
2. tidak bersifat GMO(bukan organisma yang diubah secara genetik)
3. sumber protein lengkap seisi keluarga dengan kesemua 9 asid amino perlu
4. semua boleh minum samada yang menyusu, mengandung, inginkan relaktasi, kanak-kanak.
Fungsi ESP
  • Membekalkan tenaga
  • Memberikan rasa kenyang
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membanyakkan susu badan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...