Pages

Free Gift

Sebarang pembelian euphoria mini pack dari blog comelceria akan menerima hadiah PERCUMA ini! Bergantung pada stok..Jika stok habis akan diganti dengan hadiah yg lain yer


Senangnya nak dpt hadiah percuma kan.... :) dan setiap pembelian mana2 trial pack di blog ini RM1 akan saya dermakan ke tabung anak2 yatim Malaysia....Membeli sambil beramal.

Tuesday, March 8, 2011

Persediaan Sebelum dan Selepas Cesarean Bersama Vitamin Shaklee

credit to Arissa Zoela

Jom kita baca kisah dia..........

Saya salah seorang yang 'terpilih' untuk bersalin secara ceasarean :) Emergency lagi..Alhamdulillah...semuanya selamat...Tapi saya ada masalah nak makan jamu sebab bila makan sahaja Arissa terus bloated..Masa tu tak kenal Shaklee lagi..So cuma harapkan pain killer,vitamin c,ikan haruan dan gamat jer...

Itu kes emergency..Bagaimana pula kalau kita memang dah tau yg kita akan dibedah?Baru-baru ni kawan baik saya memberitahu yang dia akan bersalin secara ceasarean kerana uri di bawah..Untuk ibu-ibu yang ceasarean jangan lah terlalu susah hati ya..Dunia perubatan sudah moden..Insyaallah semuanya selamat.

Tapi persedian itu penting...Lainlah kalau kes emergency mcm saya ni.Apa persediaan yang perlu sebelum ceasarean?Untuk cepat sembuh, ibu-ibu bolehlah...

Credit to Ila
Sebelum Pembedahan


Gambar ehsan genkimomma :)


Pengambilan SET A bersama ESP


SET A mengandungi:

30 biji Vitalea
- Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

30 biji B Complex
- Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..) Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Ada komen daripada sorang kawan ni, dia kata:
"Baru sy perasan. Sbb skrg sy ambil b-co tablet & asid folik yg dr hosp ker***** (kebetulan family keje kt hosp, so sy mmg slalu dpt supply b-co & FA). Sy check b-co nyer content cuma ada thiamine (B1), riboflavin (B2) & niacinamide (B3). So total campur dgn folic acid, sy masih kurang B5,B6,B7 & B12 la ek."

Buat pengetahuan semua, Vitamin B Complex Shaklee terdiri daripada 8B. Apa dia 8B tersebut?
  • B1 = Thiamin,
  • B2 = Riboflavin, ,
  • B3 = Niacin ,
  • B5 = Panthothenic acid ,
  • B6 = Pyridoxine ,
  • B7 = Biotin ,
  • B9 = Folic Acid,
  • B12 = Cyanocobalamin.

45 biji Vita-C
- Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu. Kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

ESP atau Energizing Soy Protein
- Ia adalah protien dan protein sangat penting untuk pembentukan sel. ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESP juga mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang.....

Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran?

Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi setanding dengan harga yang kita bayar :)

Selepas Pembedahan
Tambahan Zinc dan Vitamin E

Zinc - sangat penting untuk membantu dalam proses pembaikan luka. Jenis makanan yang mengandung zinc antara lain oyster, kerang, bayam, kacang almond, dan biji bunga matahari. Namun jika si ibu tidak dapat menyediakan makanan ini dalam menu masakan harian maka disarankan mengambil multivitamin yang mengandungi RDA zinc atau tambahan tablet zinc dalam diet harian.

Vitamin E - mereka yang melalui pembedahan untuk melahirkan anak, ia sangat-sangat membantu agar luka dalam (bahagian rahim cepat baik dan tidak mudah berasa ngilu). Vitamin E juga membantu mencantikkan tempat jahitan pembedahan serta mencerahkan kawasan aerola ibu yang pernah melahirkan anak. Vitamin E juga membantu mengurangkan pigmentasi semasa mengandung.

Untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan sama ada secara normal atau tidak, saya sentiasa doakan agar kalian dan baby sihat dan selamat hendaknya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...