Pages

Free Gift

Sebarang pembelian euphoria mini pack dari blog comelceria akan menerima hadiah PERCUMA ini! Bergantung pada stok..Jika stok habis akan diganti dengan hadiah yg lain yer


Senangnya nak dpt hadiah percuma kan.... :) dan setiap pembelian mana2 trial pack di blog ini RM1 akan saya dermakan ke tabung anak2 yatim Malaysia....Membeli sambil beramal.

Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

Anda tanya..........Kami jawab


Ini adalah antara soalan yang popular yang ditanya oleh mereka yang baru mengenali Shaklee....

1. Adakah Shaklee ini Halal?

Jawapan : Halal. Boleh rujuk artikel Halal ini .

2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?

Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

4. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba?
Jawapan: Ianya sentiasa ada , di sediakan dengan harga yang berpatutan. Bagi pertama kali mencuba, adalah digalakkan membeli trial pack terlebih dahulu. Trial Pack berdekatan dengan anda.

5. Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba2 datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri.). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.

6. Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya melalui trial pack. Boleh saya beli full pack dengan best price?
Jawapan: Boleh dan ianya lebih menjimatkan.

7. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.
Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.

8. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

10. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk2 dan asyik berjaga mahu menyusu.
Jawapan: Ibu2 yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap(tidak berdiet kerana kawalan makanan akan menggangu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sdikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.

11. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?
Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.

12. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
Jawapan: Secara basic saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea, b complex, Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP iaitu soya protin kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran anak lebih lancar.

13. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?
Jawapan: Pengambilan B complex dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.

Tuesday, February 22, 2011

Lecithin


Istimewanya Lecitin.....

13 kelebihan Lecitin yang anda perlu tahu

Kalau sebut vitamin...seperti B Complex..Multivitamin..Calcium..Vitamin C...Vitamin E...rasanya ramai tahu lah sedikit sebanyak fungsi2 vitamin ni.. budak2 kecik pun tahu..kan kan... tetapi bagaimana dengan Lecitin?..Saya sendiri tak familiar sangat dengan Lecitin ni....cuma sekarang ni...bila dah masuk alam vitamin2 ni. (uisy..mcm masuk alam ghaib jer..)..... bertambahla lagi pengetahuan saya... Lecithin antara vitamin glemer dikalangan mereka yang nak kurus...kerana ia berfungsi untuk memecahkan lemak... tetapi rasanya ramai tak tau yang ia sebenarnya berfungsi lebih dari itu....

Sekilas fakta: Lecitin itu sendiri adalah lemak.. FAT??..oppss.Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn .. contoh buat kek...yg basic tu mcm tepung gula telur..kalo dak..tak jadi kek tu..haa gitulah.Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans ...dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin...dan yang menariknya..Lecitin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean... i likeee...Dan tgh2 mlm ni saya nak share 13 kelebihan tentang Lecitin yang anda perlu tahu.,.

1. Lecitin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras ... Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini

2. Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

3. Lecitin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan....Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2...jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,

4. Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati....

5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin

6. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.Disamping itu, struktur lecitin itu sendiri melindungi sel dari teroksida

7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan...

8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..

9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema

10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

13. Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan

*Sebiji lecitin Shaklee mengandungi 530mg of Lecitin..jadi kiralah sendiri yer brapa biji anda perlu mkn sehari.. :-)

1botol RM42 - 180biji
penggunaan untuk sebulan

Pregnancy...


sumber google


Jika anda tanya.. perlukah makan supplements sewaktu mengandung? Sejujurnya..memang satu keperluan… Lagi2 jika anda tak mampu memenuhi diet harian yang seimbang.. Apatah lagi kalau tak lalu nak makan, minum susu tak boleh sebab tekak loya sangat, dan kalau berselera makan pun, akan makan lauk yang sedap di tekak sahaja, walaupun makanan tersebut tidak seimbang/ mencukupi khasiatnya. Di sinilah peranan pemakanan tambahan (supplements). Supplements yang penting sepanjang mengandungkan bayi ialah:

* Vita-Lea Iron Formula
* B-Complex (Lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuk Asid Folik)
* Vitamin-C
* OsteMatrix (Calcium-Magnesium)
* OmegaGuard
* ESP(terutama jika selalu lemah dan tidak bertenaga)

hmm...anyway..ni nak share pengakuan seorang pregnant mommies yang membeli supplemen shaklee...

salam akak,
sy syuhada..x tahulah akak ingat lg ke x..sy just nk bgtahu, since beli pack A+ESP dulu, lama jugaklah br sy start guna sbb before tuh sy morning sickness teruk..so skang dh hampir 3 minggu rsnye sy consume..n alhamdulillah, first2 guna dh rs kelainan nya..mmg sgt bertenaga..kalo dulu nk bergerak pon susah..nk bgn masak apatah lg..skang semua sy boleh buat without any problem. tidur siang pon kurang n siap susah nk lelap mata lg..heheh kalo x, asal letak je kepala terus tido..cume ESP sy jarang consume lg..target sy by this week nk consume consistently, insyaAllah..cuma tulah, satu prob sy, minum air..sy ni kak, satu mineral kecik sehari pon susah nk abes but since amek shaklee sy trylah jugak rajin2kan minum..n so far berjaya lah tambah sikit2..kdg2 1 setengah botol besar, kdg2 smplah 2 botol besar..tuh kire paling berjaya dh tuh hehehe..nway, usaha masih diteruskan..hope to consume shaklee forever hehe n hopefully can BF baby nnt..1st baby langsung x dpt nk BF sbb xde susu.. by Pn Noor Syuhada..


Buat ibu2 mengandung yang ingin mencuba supplements Shaklee, anda boleh mencuba TRIAL PACK 30 days utk pregnant mommies:

(1) Trial Pack A (30 tabs Vita-Lea, B-Comp & Vit-C) + 120 tabs OsteMatrix : rm130
(2) Trial Pack A + 120 tabs OsteMatrix + 30 tabs OmegaGuard : rm170

TESTIMONI SET B

TESTIMONI SET B (Breasfeeding - bukan sekadar tambah susu but it ENRICH your breastmilk)


SHIKIN
"....ESP da masuk 6 canister..love it so much.rase2 biler lapar kita terus bancuh esp ..n hlgkan haus dengan (performanc drink)PD.alhamdulillah kt tak alergic or tak rase terpakse biler makan shaklee ni..difference with other medicine or vitamin or jamu sblm ni..susah kt nak konsisten consume.dah 3 month consume with shaklee ..start with trial pack..1st week tak nampak beza, but masuk je 2nd week obviusly perasan susu pekat alhamdulillah.. regular pumping every 2 hours, pernah 1 session dpt 7 oz rather than 2 or 3 oz je sblm ni..masuk sebulan consume trial kita trus amik esp....n amik calsium.dan omega.alhamdulillah i can go with it..badan ok sikit dr biasanya letih ..dan nampak flu anak cepat kering..biler rase2 mcm kurg susu, kita upkan alfafa...alhamdulillahhhhhhhhhhhhhhhh sangat2 bersyukur....dan sekarang ajak suami makan omega dan vita c, dan fiber...ALHAMDULILLAH.....

Hadha~
Testimoni saya setelah 7 hari mengamalkan suplemen ni semua:
· semasa hari ketiga saya perasan yang icha time bangun tidur pagi memang ceria aje.
· ruam-ruam kat leher dan muka icha dah hilang, alhamdulillah. cuma 2,3 hari ni ruam kat muka naik sikit2 semula .. maybe saya ada silap makan.
· susu bertambah pekat. boleh nampak lapisan lemak lebih tebal daripada sebelum.
· warna susu dan urin jadi agak yellowish/ greenish - membuatkan ebm tu nampak lebih sedap hehe
· mood saya lebih baik ; boleh nyanyi sorg2 senyum, lebih byk ketawa
· badan saya lebih bertenaga, malah tidur 3,4 jam sehari pun saya masih boleh buat kerja dgn baik. alhamdulillah.
· saya bangun lebih awal darip-ada biasa tanpa rasa mengantuk

Nadiah,

N, tak sabar akak nak bagitau...malam tadi before tido akak amik ESP mcm N bagitau tu...pukul 2pg tadi masa mengepam ...subhanallah! terkejut akak.... 12 auns..tak pernah dapat banyak macam tu...pukul 6 pagi tadi pam lagi dapat 9 auns, still banyak dari biasa...dan memang anak akak cepat kenyang dan susu lebih pekat....so akak asingkan 3 auns untuk dia minum...so , 2 kali pam tu aja dah dapat buat 15 auns stok...dan yang menakjubkan AKAK BARU MINUM ESP 1 SUDU! Syukur boleh buat stok banyak-banyak untuk pose...really work it dan lebih manis lagi ia berlaku dalam menstrual...so akak notice ambil alfalfa 3 times, set trial pack tu dan ESP betul2 buat susu akak banyak dan berkualiti...

FAIZAH,Perlis

~! dah 1minggu sy mkn SHAKLEE set C bersama ESP.. n alhamdulillah da nmpak skit2 kesan +ve yg menggembirakan... syukur sgt2...
1) sy da jarang stress+pressure+emo2 mcm dulu lg... alhamdulillah... sbb amik vitamin B-complex ("B" for beauty - True beauty radiates from within. Perlu bg urat saraf (essential to initiate nerve transmission) Membantu meninggikan sistem pertahanan badan. Membantu mengurangkan stress dan bertindak sbg penenang. Menukarkan makanan kepada tenaga. Mengandungi semua jenis 8 jenis vitamin B yg perlu) so hepi je sokmo skrg...
2) bila sy da xstress mcm dulu production susu pn meningkat skit dah dlm seminggu neh... alhamdulillah... pumping sblh je cik B da leh dpt 2.5oz-3oz... dulu, nk dpt 2oz pn susah dgn pumping both cik B!!! alhamdulillah... rezeki aisya jgk... kurniaan yg ESA... http://benjamin0331.googlepages.com/smile.png xtaula pasneh mcm mana kn... xmo terlalu bersenang2 dgn peningkatan ini... but yet sgt2 bersyukur... n trus berusaha utk tingkatkan kualiti n kuantiti susu utk aisya si permata hati
3) sy tgk susu sy makin pekat pulak lately... pekat+likat~ n agak kekuningan... xmcm awal2 dulu agak cair... so aisya susah sket nk kenyang... skrg ni mcm okla skit...dia nyusu pn da xlama2 mcm dulu... proses penyusuan tuh jadi lbh singkat...OF COURsh la sbb dia kenyang kn? sbb tuh dia nyusu sat shj..

Tentang SHAKLEE

Tapi kenapa mesti cuba jenama Shaklee?
hmm..sebelum tu mari check fakta2 yang ingin saya kongsi dengan semua (dipetik dari buku Dr Bruce Millers .Apa yang anda perlu tahu dalam memilih vitamin.....
Apa yang TIDAK BOLEH ADA ada dalam produk yang baik?

  • pewarna- artificial colours, mengapa perlu ada pewarna? Apa yang cuba disembunyikan melalui pewarna?
  • perasa - artificial flavors, ianya menjimatkan kos penghasilan vitamin berbanding dengan perasa asli.
  • pemanis sintetik-mengapa perlu pemanis sedangkan kita tahu ianya tidak baik untuk kesihatan sedangkan kita mengamalkan makanan kesihatan untuk mengoptimumkan kesihatan?
  • vitamin E -alpha penting untuk kita belajar mengapa ada sesetengah vitamin E yang kita amalkan tidak beri kesan yang betul pada kulit dan tubuh kita. Ini kerana "I" atau "dl" adalah vitamin sintetik manakala "d" adalah asli. Asalan pengeluar menggunakan sintetik kerana ianya lebih murah dan menjimatkan kos.
  • silika gel-Sebenarnya silika gel adalah antara bahan yang tidak sepatutnya ada dalam makanan tambahan vitamin khususnya..

Jadi..jika anda berkemampuan untuk menggunakan sesuatu yang lebih baik, why not get a better one?


Shaklee adalah asli, tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan tanpa silika gel. Pilihan di tangan kita...bak kata mommylyna di atas tu ..kata beliau..jika tak berani ambil risiko mencuba..dia takkan tahu...

Dan saya yakin tak semua orang budgetnya sama...tak semua mampu membelanjakan beratus ringgit untuk mencuba sesuatu dan sekarang ni semua barang keperluan hidup naik harga...jadi tentulah kene berjimat cermat...

Maka group kami telah menyediakan vitamin Shaklee dalam bentuk Trial Pack 30hari (yang berkualiti tinggi..bukan cap ayam ye) agar semua golongan mampu memilikinya.. dan Trial Pack ni sebenarnya nak kasi anda cuba dahulu.. belum cuba belum tahu. tak kenal maka tak cinta... ..for me, i wish i know this brand earlier..seawal muda remaja...tapi ape2 pun..better late than never..kan kan....

Akhir kata..Kenapa memilih Produk Luar Negara?...Sabda Rasulullah (SAW) bermaksud "Hikmah itu barangan tercicir orang mukmin, di mana sahaja dia menemuinya dialah yang berhak dengannya.."..

set G



SET G ~ Alfalfa, Vitamin C, B Complex( 3 botol fullpack ni cuma rm160 untuk kegunaan 3-4 bulan.Jika Trial Pack cuma RM80 utk 30hari)

~ sesuai untuk mereka yang mengalami masalah resdung,eczema..allergy

Set F



SET F ~ Alfalfa, Vitamin E ( 2 botol fullpack ni cuma rm162 untuk kegunaan 4 bulan. jika Trial Pack cuma RM70 utk 30hari)

Untuk wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran. (Bukankah sihat itu cantik?). Set ini mengandungi vitamin E yang terkenal sebagai antioksidan dan baik untuk mencegah kanser. Ia juga adalah agen anti aging(awet muda). Alfalfa pula membantu pembersihan dalaman bagi yang belum berumahtangga mahupun yang sudah berkahwin. Membantu masalah kedinginan suami isteri.

Sesuai untuk wanita di semua peringkat umur.

Set ini mengandungi:

Vitamin E – 30 biji
Alfalfa – 90 biji

Dapatkan dengan hanya RM70 sebulan or Full pack RM162(penggunaan utk 4bulan.sebulan hanya RM40.50 sahaja)

Set E

SET E ~ Alfalfa, Vitalea ,vitamin C, B Complex, Ostematrix (5 botol fullpack ni cuma rm280untuk kegunaan 4 hingga 6 bulan. jika Trial Pack cuma RM130 utk 30hari)

set ini sama seperti set B cuma mempunyai tambahan sebotol ostematrix (Cal/Mag)..jadi siapa yang perlukan ostematrix?

  • ibu mengandung,
  • ibu menyusu,
  • mereka yang ada masalah nak nak minum susu,
  • mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki,
  • sakit2 sendi, di bahagian tulang belakang,
  • sejuk2 badan,
  • rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
  • ,mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.,
  • mereka yang sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.,
  • merea yang sedang menjalani fisioterapi.
  • mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki dan
  • mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.

Set D - skin care

Usah gusar lagi sekiranya anda bermasalah dengan kulit wajah seperti kulit kusam, sensitif, jerawat dan sebagainya. Kini kami ada penyelesaian bagi masalah anda. Sesuai jugak untuk ibu2 yang mengalami masalah nipple melecet

Trial pack set D untuk wajah berseri mengandungi vitamin C dan vitamin E yang boleh menyelesaikan masalah kulit wajah anda.

Set ini mengandungi:

B-Complex – 30 biji
Vita-C – 30 biji
Vita-E – 30 biji

Dapatkan dengan hanya RM80 sahaja.

Set C - set bersalin

Anda tak perlu pening-pening memikirkan set bersalin yang sesuai dan ekonomi, dan menilai antara jamu itu jamu ini. Dapatkan set bersalin/dalam pantang Shaklee, dengan harga yang cukup murah dan cukup bagus untuk memastikan anda sentiasa bertenaga dalam menguruskan orang baru.

Set ini lengkap untuk 40 hari tempoh berpantang, mengandungi:

Vita Lea – 40 biji
B-Complex – 40 biji
Vita-C – 40 biji
Zinc – 40 biji

Kini anda tak perlu risau lagi kerana set ini amat sesuai sekiranya anda menyusukan bayi. Ia tidak mengandungi sebarang bahan aktif yang berbahaya ataupun herba yang tidak sesuai untuk bayi yang menyusu.

Dapatkan hanya dengan harga RM100 sahaja.

Set B - Breastfeeding


Ramai ibu yang menyusukan anak sangat puas hati dengan keberkesanan pakej ini. Antara sebab utama kenapa produk ini sangat popular dikalangan ibu menyusu adalah:

vitamin ibu menyusuMemperbanyakkan susu badan. Kandungan protein & kalsium dalam Alfalfa sangat tinggi. Ini membantu penghasilan susu badan. Saya sangat gembira setiap kali mendengar kisah ceria ibu yang berjaya menyusukan anak mereka selepas menggunakan Set B ini.

tambah susu badanMemperkayakan kualiti susu ibu. Vita Lea membekalkan keperluan nutrisi harian kepada badan, menjadikan ibu ‘fit’ dan kuat. Vita-C pula menjaga kesegahan sel dan memperbaiki tisu, menjadikan sel-sel badan ibu mantap dalam menghasilkan susu yang tinggi nutrisi

tambah susu ibuMeningkatkan produktiviti. Asid folik yang terkandung dalam vitamin B-complex mampu mengurangkan/mengelakkan kemurungan & menstabilkan hormon. Bila perasaan gembira, hormon oxytocin akan merembes dan membanyakkan susu.


Set B trial pack ini mengandungi:
  • Vita Lea – 30 biji
  • B- Complex – 30 biji
  • Vita-C – 30 biji
  • Alfalfa – 60 biji

Yang menariknya, ia bukan saja sesuai bagi ibu menyusu tapi juga bagi para ibu yang mahu menjaga kesihatan kerana set ini berguna untuk pembersihan usus dan sel darah.

Dapatkan set ini dengan hanya RM80.

set A



Seperti namanya ‘Basic’ set ini adalah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Set ini khas untuk anda yang ingin mengekalkan kesihatan optimum. Juga buat anda yang mempunyai masalah keletihan, moody, mudah stress dan resdung.

Trial pek ini mengandungi 3 supplement asas Shaklee untuk penggunaan selama 30 hari. Ia sangat berbaloi untuk dicuba terutama kepada mereka yang mementingkan kesihatan namun sibuk dan tiada masa untuk menjaga pemakanan seimbang dan mereka yang mempunyai gejala seperti di atas.

Harga set A ini adalah RM80 dengan penghantaran percuma. Sebagai value added, set ini juga ditambah dengan 15 biji vitamin C secara percuma. Ini bermakna anda akan menerima
  • Vita Lea Iron Formula (multivitamin) - 30 biji
  • B-Complex - 30 biji
  • Vita-C - 30 biji + 15 biji PERCUMA
Cara pengambilannya ialah
  • 1 biji sehari untuk setiap satu
Untuk siapa ??
  • sesuai untuk semua golongan - lelaki, wanita, pelajar, warga emas ...
  • pilihan yang tepat untuk mereka yang mementingkan kesihatan
  • pilihan bijak bagi mereka yang sibuk dan tiada masa untuk mengamalkan pemakanan sihat & seimbang
  • sesuai bagi mereka yang selalu stress, keletihan, mudah mengantuk
Kebaikan SET A

Vitalea/ Multivitamins (complete with iron formula)
  • membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin,
  • rambut yang kuat dari segi akarnya,
  • membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk
  • membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu
  • penting untuk diet
  • menjadikan kulit yang sentiasa tegang
B Complex ( mengandungi 8 jenis vitamin + asid folik + biotin)
  • membantu mengurangkan tekanan dan kelesuan
  • membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran
  • menukarkan makanan kepada tenaga
  • menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein
  • mencegah kanser servik, penyakit jantung dan kecacatan spina
  • menggalakkan kesihatan kardiovaskular
Vitamin C
  • membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan
  • untuk kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan.
  • membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi
  • membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka
  • membina kalogen untuk kulit yang sihat
  • bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan
  • meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
Jika anda berminat untuk mencuba, Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery

Monday, February 21, 2011

JOM BACA 7 RAHSIA VITAMIN E

JOM BACA 7 RAHSIA VITAMIN E

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan.Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.

Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

rahsia lain...~~~ vitamin E juga membantu mengurangkan strecth mark... ni kata mommy icha

Apa bezanya vitamin E shaklee dengan yang ada di pasaran/farmasi?.... Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium. Bagaimana? berminat dengan Vitamin E?..Harga sebotol Vitamin E 120 biji cumalah RM119.00 (ni dah termasuk 15% discount).

Untuk permulaan atau kepada yang ada budget constraint, boleh dapatkan pada harga RM40 untuk 30 biji Vitamin E.. contact me at 017-6889652
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...