| # | Vitamin/ Mineral Yang Diperlukan Tubuh | Kesan Kekurangan Kepada Mental/ Emosi |
| 1 | B Complex | vitamin yang paling banyak dikaitkan dengan masalah mental dan otak |
| Vitamin B1 | kurang kosentrasi dan daya tumpuan | |
| Vitamin B3 | tekanan perasaan | |
| Vitamin B5 | kurang daya ingatan, stress | |
| Vitamin B6 | mudah terasa hati, kurang daya ingatan, tekanan perasaan, stress | |
| Vitamin B12 | kurang daya ingatan, keliru | |
| Asid Folik | tekanan perasaan, gemuruh | |
| 2 | Vitamin C | (bukan untuk kulit sahaja)Kekurangannya menyebabkan seseorang menjadi tertekan |
| 3 | Magnesium | Kekurangannya menyebabkan seseorang mengalami tekanan perasaan, sukar tidur |
| 4 | Zinc | Kekurangannya menyebabkan seseorang mengalami kekeliruan, ‘blank’, tertekan, kurang motivasi, hilang selera makan, kurang kosentrasi. |
Semua tawaran dan pakej trial pack hanya boeh didapati secara esklusif dari saya dan jaringan saya iaitu euphoria GBS.Ia tidakditawarkan / di jual / disediakan oleh mana-mana cawangan shaklee.Harap maklum
Free Gift
Senangnya nak dpt hadiah percuma kan.... :) dan setiap pembelian mana2 trial pack di blog ini RM1 akan saya dermakan ke tabung anak2 yatim Malaysia....Membeli sambil beramal.
Wednesday, August 17, 2011
Kesan bila kurang vitamin?
Wednesday, June 8, 2011
mengantuk selepas makan tghari?..tu tandanya tak cukup air..
MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak, rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.
Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua.Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.
Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berapa banyak air yang kita perlukan?
Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.
Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.
Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari.Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.
Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
- Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
- Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
- Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
- Tekanan darah menurun
- Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
- Lesu pada waktu siang
- Sakit belakang
- Dehidrasi
- Sakit kepala
- Memperlahankan kadar metabolisma
- Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
- Sendi dan otot mengalami kekeringan
- Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
- Meningkatkan keinginan untuk makan
- Darah menjadi pekat
- Mudah keliru.
- Degupan jantung meningkat
![]() | SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DANJARINGAN KUMPULAN SAYA IAITU EUPHORIA GBS. IA TIDAK DI TAWARKAN/DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN/ PEJABAT SHAKLEE. HARAP MAKLUM. |
Tuesday, June 7, 2011
setiap 25kg berat,anda kene minum 1 liter air.. Jadi bila waktu terbaik utk minum air.. lagi2 kalau nak bakar kalori berlebihan?
· Pagi selepas bangun dari tidur.
Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein
· 30 minit sebelum waktu makan.
Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.
· Sepanjang hari.
Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan
![]() | SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DANJARINGAN KUMPULAN SAYA IAITU EUPHORIA GBS. IA TIDAK DI TAWARKAN/DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN/ PEJABAT SHAKLEE. HARAP MAKLUM. |
Monday, June 6, 2011
5 sebab kenapa perlu minum air
1. AGAR TUBUH TETAP SEJUK
Berpeluh memang berperanan dalam menjaga suhu tubuh tetap sejuk kerana itu peluh dapat menjadi pengingat untuk kita memperbanyakan minum air. Jika anda tidak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, ia akan mengakibatkan menurunnya kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran darah yang tidak betul adalah seperti pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.
2. MENGUMPULKAN NUTRISI
Air membantu menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana beberapa nutrisi adalah larut dalam air.
3. MENJAGA TUBUH TETAP BERGERAK
Jika anda kekurangan air, anda akan mengalami sembelit yang mengakibatkan susah untuk membuang air besar. Jadi, air penting untuk melancarkan gerakan kerana air bertindak sebagai 'pembantu' untuk melembutkan kotoran. Dikombinasikan dengan serat, air dapat memudahkan najis dicerna dan dikeluarkan.
4. MENJAGA KULIT TETAP HALUS
Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya ketika kekurangan air, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi (kering). Akhirnya, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.
5. MENGHINDARI BATU KARANG
Batu karang 'tumbuh' ketika zat - zat atau komponen 'sampah' yang masuk melalui ginjal bertahan dan bergabung dengan komponen sampah yang lain. Butiran seperti 'pasir' akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dapat dibuang, lambat laun ia akan tumbuh hingga berukuran sebuah 'batu'. Kerana itu, anda perlu minum banyak air agar dapat membersihkan butiran - butiran batu tersebut.Sebahagian besar dari kita menunggu sampai merasa haus untuk minum segelas air. Hakikatnya haus adalah gejala awal dehidrasi. Tubuh kekurangan air biasanya diawali dengan tanda - tanda seperti pening, sakit kepala dan sakit - sakit badan.
~ Minum segelas air selepas bangun daripada tidur.
~Minum segelas air sebelum masuk tidur.
~Minum 3 teguk air setiap setengah jam
~Minum 3 teguk air selepas buang air kecil atau selepas menyusukan bayi(bagi yg bfeed lah)
Dan akhirnya ..anda takkan sedar.. yang sebenarnya anda mampu minum 2liter air sehari.plain water ye.. air kaler2 ni tak kire o
Thursday, June 2, 2011
Testimoni set b
Wednesday, June 1, 2011
Promosi Bulan June
- Pembelian set B trial pack akan mendapat tambahan 50% Alfafa.Kini trial pack set b mengandungi :-
Thursday, May 5, 2011
Pam Modu dalam Peraduan Ibu Gembira Keluarga Bahagia!
Kini hanya dengan menulis slogan, pam ini mungkin menjadi milik anda. Jom sertai

Kami sangat menggalakkan penyusuan susuibu. Sebagai tanda sokongan, kami (kumpulan Euphoria GBS) menganjurkan Peraduan ini iaitu Ibu Gembira Keluarga Bahagia.
Syarat-syarat utama :
1. Peraduan ini terbuka untuk penduduk Malaysia sahaja yang berumur lebih 18 tahun dan ke atas.
2. Setiap pembelian trial pack set B layak menyertai peraduan ini.
3. Satu pembelian trial pack set B melayakkan satu penyertaan.
4. Pemenang akan dipilih berdasarkan slogan terbaik. Seorang pemenang layak menerima satu hadiah sahaja.
5. Bukti pembelian adalah melalui rujukan poslaju. Sila dapatkan no rujukan poslaju untuk setiap pembelian trial pack anda.
6. Peraduan ini bermula dari 1 Mei 2011 sehingga 30 Mei 2011.
7. Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan email.
8. Penganjur berhak menggunakan slogan yang diberi untuk tujuan promosi.
10. Peraduan ini tiada kena mengena dengan mana-mana tawaran Shaklee (M). Sebarang penolakan tidak menjadi tanggungjawab kami. 11.
Tiga [3] orang pemenang akan dipilih berdasarkan slogan yang menarik. Hadiah utama ialah Pam Modu yang berharga RM599. Manakala dua [2] lagi pemenang akan mendapat pam Avent yang berharga RM170.
12. Keputusan hakim adalah muktamad.
13. Pemenang yang inginkan hadiahnya dihantar melalui pos dikehendaki menanggung kos penghantarannya sendiri.
14. Pemenang yang gagal menuntut hadiah dalam jangka masa yang ditetapkan akan dikira tidak berminat terhadap hadiah berkenaan selepas tarikh yang dimaklumkan kelak [satu bulan selepas keputusan diumumkan]
Peringatan : Semua tawaran dan pakej Trial Pack hanya boleh di dapati secara esklusif dari jaringan Euphoria GBS. Ia TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee. Harap Maklum. Peraduan ini tiada kena mengena dengan Shaklee (M) dan sebarang penolakan tidak menjadi tanggungjawab kami.
Bersama ini disertakan senarai penganjur Peraduan Ibu Gembira Keluarga Bahagia. Pembelian melalui nama pengedar dibawah ini layak menyertai peraduan ini. Sila dapatkan BORANG PERADUAN dari Pengedar anda.
Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial packShaklee untuk 30 hari consume dengan harga terendah RM80 dan free delivery. Boleh sms kan kepada saya 017-6889652 atau boleh guna ID saya 854911 di mana2 branch Shaklee berdekatan

